SELAMAT DATANG DAN MELAYARI BLOG PENCETUS MINDA BELIA MASA KINI

SaLaM PeRpAdUaN 1 BeLiA 1 MaLaYsIa

InFo TeRkInI

KEPADA SEMUA WARGA BELIA YANG BERUMUR 21 TAHUN KEATAS.....JANGAN KITA LUPA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA BELIA NEGARA MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMILIH KEPIMPINAN NEGARA MAHUPUN NEGERI. JIKA BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA,DIMINTA BERBUAT SEBERAPA SEGERA. JANGAN KITA LENGAHKAN MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH,KERANA UNDI ANDA MENENTUKAN MASA HADAPAN ANDA DAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA....MUDAH SAHAJA UNTUK MENDAFTAR....PERGI SAHAJA PEJABAT POS DAN JANGAN LUPA BAWA KAD PENGENALAN.... 1BELIA 1MALAYSIA










SoRoTaN AkTiViTi

MeNgEnAi PeRsAtUaN

PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB) telah didaftarkan pada 3hb Julai 2003 sebagai sebuah pertubuhan belia yang berdaftar dibawah Akta Pertubuhan (R.O.S) dengan memperolehi sijil daftar R.O.S : 1043 dan kemudian pada tahun 2008 PBSB telah didaftarkan semula pada 11hb September 2008 di bawah Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 dengan memperolehi sijil daftar R.O.Y : 0515. PBSB merupakan sebuah persatuan belia setempat yang diterajui oleh lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa (AJK) yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dan terdiri dari pelbagai lapisan peringkat umur belia.

Aktiviti utama PBSB adalah untuk membantu para belia berdaftar sebagai ahli belia berpersatuan, menjana ekonomi belia berkelompok melalui skim tabung ekonomi belia (STEB) sebagai projek ekonomi persatuan dan merancang serta menganjurkan pelbagai program dan juga aktiviti yang melibatkan para belia dengan masyarakat setempat seperti program bersama dengan pihak JKKK, PIBG dan Jawatankuasa Kariah Masjid At-Tasnim Kg. Bayas.

PBSB merupakan persatuan belia yang aktif dalam mempelbagaikan aktiviti dan program sejak ditubuhkan pada tahun 2003. Buat pertama kalinya PBSB telah diberi kepercayaan dalam menjayakan PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL (PJKN) BAYAS 2008 di peringkat daerah Pulau Langkawi, Kedah. Ini adalah hasil kejayaan bersama semua ahli PBSB dalam membantu menaikkan imej PBSB di kalangan persatuan didalam daerah Langkawi.

Maka tidak hairanlah ketika ini pihak kerajaan sering menitikberatkan mengenai penguasaan dan kemahiran para belia di dalam sudut pembangunan belia negara. Peningkatan dan pelaksanaan tahap modal insan juga perlulah seiring dengan keperluan semasa agar generasi negara ini sentiasa bersedia dan mampu menjadi generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Justeru itu, PBSB telah merancang untuk melaksanakan “Perancangan Induk Belia Wawasan” yang merangkumi program pembangunan modal insan dan ekonomi dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2007-2012.
Ia adalah selaras dengan keperluan semasa belia yang perlu bersaing serta dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan serta ekonomi masa hadapan negara selaras slogan PBSB iaitu “BELIA PENGGERAK WAWASAN NEGARA”.

VISI
Menjadi sebuah PERSATUAN BELIA yang berwawasan untuk mencapai tahap kejayaan di dalam PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN EKONOMI selaras dengan slogan PBSB iaitu “BELIA PENGGERAK WAWASAN NEGARA”.

MISI
Membawa para belia dan beliawanis ke arah BELIA BERWAWASAN.

Melahirkan para belia dan beliawanis yang berkeyakinan dan berwibawa dalam kerjaya serta kehidupan seharian tanpa mengabaikan nilai modal insan dalam diri mereka.

MAKLUMAT PERSATUAN

Nama :
PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB)

Tarikh Didaftarkan R.O.S : 3hb. JULAI 2003
No. Daftar R.O.S : 1043
Tarikh Didaftarkan R.O.Y : 11hb. SEPTEMBER 2008
No. Daftar R.O.Y : 0515

Alamat Berdaftar/Operasi :
D/A : PEJABAT BELIA SERUMPUN KG. BAYAS, DEWAN PBSB, KG.BAYAS, MUKIM ULU MELAKA, 07000 LANGKAWI,
KEDAH DARUL AMAN.

Email : mybayas@gmail.com
No. Telefon : 017-480 7734
No. Faks :

Jumlah Ahli Persatuan (Rekod :1/1/2009) : 148

Jumlah Ahli Lelaki : 113
Jumlah Ahli Perempuan : 35


RUMUSAN
PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB) telah bersedia untuk menghadapi persaingan dalam menjayakan visi dan misi dengan penuh komited dan iltizam yang kuat dikalangan Ahli Jawatankuasa dan para belia serta beliawanis PBSB.

Segala perancangan jangka pendek mahu pun jangka panjang diharap dapat direalisasikan sebaik-baiknya dengan kerjasama daripada semua pihak terutama daripada pihak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Langkawi, Majlis Belia Daerah (MBD) Langkawi, Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan terutama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) serta Agensi dan Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan.

Sesungguhnya kami di PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB) berharap agar mendapat sokongan dan galakkan yang berterusan daripada pelbagai pihak dalam memberi pandangan dan tunjuk ajar dalam memartabatkan persatuan belia selaras dengan dasar kerajaan BELIA BERPERSATUAN.


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI


CARTA ORGANISASI PERSATUAN BELIA SERUMPUN BAYAS

Bajet Dan Integriti: Harapan Generasi Muda

Monday, 22 September 2008

Azizuddin AhmadNaib Presiden, Majlis Belia Malaysia (MBM)Institut Integriti Malaysia pernah menganjurkan suatu ”lunch talk” yang saya hadiri dan berkesempatan berbincang dengan para pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Di dalam perbincangan ringkas tersebut, saya menyatakan bahawa perubahan yang telah membebaskan badan ini dari birokrasi agar dapat dan bertindak mengikut undang-undang yang telah diberikan, adalah sangat penting untuk dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Meskipun hakikat ini sememangnya diakui, namun kekurangan pegawai serta imbuhan yang tidak mencukupi tetap menjadi hambatan. Yang paling merisaukan ialah integriti dan kesanggupan pegawai-pegawai muda memikul amanah besar ini. Memang terdapat kes di mana sogokan cuba diberikan untuk melepaskan beberapa kesalahan kecil. Cubaan-cubaan ini, sekiranya tidak diatasi, boleh mengundang sogokan-sogokan yang lebih besar.Apa yang ingin diperkatakan ialah nilai individu dalam menjalankan tanggungjawab secara bersih, cekap dan amanah semakin merisaukan. Sekiranya kualiti ini tidak dimantapkan sewaktu para penjawat ini masih muda, sudah pasti negara kita tidak akan lepas dari gejala rasuah dan ketidakcekapan (mediocrity). Bajet yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008 baru-baru ini mungkin menceriakan sedikit rakyat secara keseluruhannya. Namun pelaksanaannya masih lagi memerlukan perhatian dan kawalselia. Sebanyak sedikit bajet ini memang dipengaruhi oleh suasana politik semasa. Ia masih bermotif politik dalam usaha menarik perhatian rakyat berkaitan dengan keinginan kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup. Bagi generasi muda, di dalam bajet kali ini mereka ingin melihat bagaimana peruntukan kerajaan digunakan dan disalurkan secara adil dan saksama kepada rakyat yang memerlukan. Kerajaan dan agensinya perlu telus dan mengelakkan pembaziran kerana ia akan menimbulkan krisis ketidakyakinan kepada generasi muda. Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan semua cadangan yang diusulkan di dalam bajet kali ini dengan baik, rakyat dapat merasakan kesan dalam meringankan beban kehidupan. Malah, kemungkinan besar generasi muda akan mengubah persepsi terhadap pentadbiran kerajaan yang ada. Inilah persoalan integriti, kecekapan, ketelusan dan amanah yang sedang dipantau generasi muda sekarang. Tidak semua berpuashati dengan bajet kali ini. Bagi mereka, banyak projek kerajaan yang terpaksa dikorbankan dan ini mungkin melembabkan pertumbuhan ekonomi. Banyak insentif dan imbuhan diberikan bukan untuk berbelanja tetapi untuk membuat pilihan terbaik sama ada untuk berbelanja atau menyimpan. Alangkah baiknya sekiranya habuan dari bajet kali ini mendorong kita berbudaya sederhana dan mengelak amalan merugikan seperti merokok. Pada masa yang sama, kita tidak wajar dipengaruhi oleh mereka yang berkemampuan. Ukurlah baju di badan sendiri!Suasana sekarang—sama ada politik atau ekonomi, dalam atau luar negara—memang tidak menentu. Semuanya memberi kesan terhadap perkembangan kita semua. Bagi generasi muda, inilah saat yang sangat penting kerana beberapa faktor.Pertama, mereka perlu memikirkan bagaimana wang dan dana yang ada kini dimanfaatkan sebaik mungkin. Banyak institusi yang menyediakan pelan-pelan simpanan dan pelaburan yang membolehkan mereka mendapat keuntungan berganda pada masa akan datang. Kedua, mereka perlu berbelanja secara berhemah. Majlis Belia Malaysia (MBM) dan pelbagai badan bukan Kerajaan (NGO) pernah menganjurkan kempen belanja berhemah. Risalah diedarkan bagi menyedarkan masyarakat terutama di kalangan belia agar dapat mengawal perasaan dan nafsu membelanja secara boros. Berbelanja tanpa kawalan akan merugikan kerana kita tidak memerlukan barang-barang yang telah dibeli.Ketiga, mereka perlu mengurangkan perbelanjaan melalui kad kredit. Kad kredit amat membantu terutama ketika kita berada dalam kesusahan. Ianya juga boleh mengurangkan keperluan kita membawa wang tunai. Namun ia juga mempunyai tarikan khususnya berbelanja tanpa kawalan.Sebab itu apabila Sahabat Rasulullah s.a.w pulang dari Perang Badar, baginda mengingatkan bahawa mereka harus bersedia untuk peperangan yang lebih besar iaitu hawa nafsu. Tiga perkara di atas sekiranya dapat dijadikan budaya di kalangan belia, alaf baru dapat dihadapi dengan lebih yakin kerana cabaran-cabaran yang akan datang dijangka akan lebih kompleks.Integriti tidak dapat dibina dengan sekelip mata. Ia mesti dipupuk sejak awal dengan kesedaran yang mendalam. Generasi muda mesti bersedia membina kekuatan dalaman serta faham bahawa integriti adalah budaya kita. Amanah yang dipikul memerlukan kekuatan mental, fizikal dan spiritual. Kalau generasi muda menagihkan ketelusan, adil dan saksama dari pihak kerajaan, mereka juga mesti memulakan perubahan diri sendiri ke arah integriti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KeLaB BoLaSePaK BaYaS FC

KeLaB BoLaSePaK BaYaS FC

PELUANG BELIA MENAMBAH PENDAPATAN TANPA MODAL

Get cash from your website. Sign up as affiliate.