SELAMAT DATANG DAN MELAYARI BLOG PENCETUS MINDA BELIA MASA KINI

SaLaM PeRpAdUaN 1 BeLiA 1 MaLaYsIa

InFo TeRkInI

KEPADA SEMUA WARGA BELIA YANG BERUMUR 21 TAHUN KEATAS.....JANGAN KITA LUPA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA BELIA NEGARA MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMILIH KEPIMPINAN NEGARA MAHUPUN NEGERI. JIKA BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA,DIMINTA BERBUAT SEBERAPA SEGERA. JANGAN KITA LENGAHKAN MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH,KERANA UNDI ANDA MENENTUKAN MASA HADAPAN ANDA DAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA....MUDAH SAHAJA UNTUK MENDAFTAR....PERGI SAHAJA PEJABAT POS DAN JANGAN LUPA BAWA KAD PENGENALAN.... 1BELIA 1MALAYSIA










SoRoTaN AkTiViTi

MeNgEnAi PeRsAtUaN

PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB) telah didaftarkan pada 3hb Julai 2003 sebagai sebuah pertubuhan belia yang berdaftar dibawah Akta Pertubuhan (R.O.S) dengan memperolehi sijil daftar R.O.S : 1043 dan kemudian pada tahun 2008 PBSB telah didaftarkan semula pada 11hb September 2008 di bawah Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 dengan memperolehi sijil daftar R.O.Y : 0515. PBSB merupakan sebuah persatuan belia setempat yang diterajui oleh lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa (AJK) yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dan terdiri dari pelbagai lapisan peringkat umur belia.

Aktiviti utama PBSB adalah untuk membantu para belia berdaftar sebagai ahli belia berpersatuan, menjana ekonomi belia berkelompok melalui skim tabung ekonomi belia (STEB) sebagai projek ekonomi persatuan dan merancang serta menganjurkan pelbagai program dan juga aktiviti yang melibatkan para belia dengan masyarakat setempat seperti program bersama dengan pihak JKKK, PIBG dan Jawatankuasa Kariah Masjid At-Tasnim Kg. Bayas.

PBSB merupakan persatuan belia yang aktif dalam mempelbagaikan aktiviti dan program sejak ditubuhkan pada tahun 2003. Buat pertama kalinya PBSB telah diberi kepercayaan dalam menjayakan PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL (PJKN) BAYAS 2008 di peringkat daerah Pulau Langkawi, Kedah. Ini adalah hasil kejayaan bersama semua ahli PBSB dalam membantu menaikkan imej PBSB di kalangan persatuan didalam daerah Langkawi.

Maka tidak hairanlah ketika ini pihak kerajaan sering menitikberatkan mengenai penguasaan dan kemahiran para belia di dalam sudut pembangunan belia negara. Peningkatan dan pelaksanaan tahap modal insan juga perlulah seiring dengan keperluan semasa agar generasi negara ini sentiasa bersedia dan mampu menjadi generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Justeru itu, PBSB telah merancang untuk melaksanakan “Perancangan Induk Belia Wawasan” yang merangkumi program pembangunan modal insan dan ekonomi dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2007-2012.
Ia adalah selaras dengan keperluan semasa belia yang perlu bersaing serta dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan serta ekonomi masa hadapan negara selaras slogan PBSB iaitu “BELIA PENGGERAK WAWASAN NEGARA”.

VISI
Menjadi sebuah PERSATUAN BELIA yang berwawasan untuk mencapai tahap kejayaan di dalam PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN EKONOMI selaras dengan slogan PBSB iaitu “BELIA PENGGERAK WAWASAN NEGARA”.

MISI
Membawa para belia dan beliawanis ke arah BELIA BERWAWASAN.

Melahirkan para belia dan beliawanis yang berkeyakinan dan berwibawa dalam kerjaya serta kehidupan seharian tanpa mengabaikan nilai modal insan dalam diri mereka.

MAKLUMAT PERSATUAN

Nama :
PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB)

Tarikh Didaftarkan R.O.S : 3hb. JULAI 2003
No. Daftar R.O.S : 1043
Tarikh Didaftarkan R.O.Y : 11hb. SEPTEMBER 2008
No. Daftar R.O.Y : 0515

Alamat Berdaftar/Operasi :
D/A : PEJABAT BELIA SERUMPUN KG. BAYAS, DEWAN PBSB, KG.BAYAS, MUKIM ULU MELAKA, 07000 LANGKAWI,
KEDAH DARUL AMAN.

Email : mybayas@gmail.com
No. Telefon : 017-480 7734
No. Faks :

Jumlah Ahli Persatuan (Rekod :1/1/2009) : 148

Jumlah Ahli Lelaki : 113
Jumlah Ahli Perempuan : 35


RUMUSAN
PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB) telah bersedia untuk menghadapi persaingan dalam menjayakan visi dan misi dengan penuh komited dan iltizam yang kuat dikalangan Ahli Jawatankuasa dan para belia serta beliawanis PBSB.

Segala perancangan jangka pendek mahu pun jangka panjang diharap dapat direalisasikan sebaik-baiknya dengan kerjasama daripada semua pihak terutama daripada pihak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Langkawi, Majlis Belia Daerah (MBD) Langkawi, Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan terutama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) serta Agensi dan Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan.

Sesungguhnya kami di PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB) berharap agar mendapat sokongan dan galakkan yang berterusan daripada pelbagai pihak dalam memberi pandangan dan tunjuk ajar dalam memartabatkan persatuan belia selaras dengan dasar kerajaan BELIA BERPERSATUAN.


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI


CARTA ORGANISASI PERSATUAN BELIA SERUMPUN BAYAS

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang I Penggal Ke-27 Tahun 2009-2010 Tarikh: 30.10.2009

Persidangan ini telah berlangsung pada 22 Oktober 2009 di Hotel Marriott, Putrajaya. Ia telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir pada persidangan tersebut terdiri daripada Wakil Kerajaan Negeri, Wakil Agensi Kerajaan, Ahli Lantikan Menteri, Presiden Majlis Belia Malaysia, Anggota Dewan Tertinggi dan Anggota Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia.

Terima Kasih Menteri Belia Dan Sukan

Tahniah di atas perlantikan saudara Mohd Azim Othman selaku Ahli Majlis Perundingan Belia Negara lantikan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Warga Belia Persatuan Belia Serumpun Bayas kini berbangga dengan perlantikan pengerusinya dalam Majlis Perundingan Belia Negara. Sebelum ini Persatuan Belia Serumpun Bayas telah di anugerah Persatuan Belia Cemerlang peringkat negeri Kedah dan Ketujuh terbaik peringkat kebangsaan.
Justeru diharapkan seluruh ahli-ahli Persatuan Belia Serumpun Bayas akan terus cemerlang dan gemilang dalam lapangan yang diceburi masing-masing. Semoga dengan semangat dan iltizam yang diperolehi sekarang akan menyatu padukan warga belia keseluruhannya dalam satu komuniti,satu suara,satu belia dan satu Malaysia...

Najib Mahu Semangat Patriotisme Diperluaskan

PUTRAJAYA, 12 Ogos -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu agar semangat patriotisme rakyat terhadap negara diperluaskan merangkumi nilai dan perangai baik, bekerja bersungguh-sungguh, menjaga keharmonian negara dan mematuhi undang-undang.

Ia perlu di samping semangat patriotisme sedia ada iaitu cinta yang kental kepada negara dan semangat setia kepada negara, kata Perdana Menteri.

"Semangat patriotisme itu penting kerana pada keseluruhannya tidak ada bumi yang lebih baik dan bertuah daripada Malaysia," katanya ketika melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan Ke-52 di Kompleks Sukan Air di sini.

Najib berkata nikmat kemerdekaan dapat dikecapi oleh rakyat selama ini kerana negara ditadbir dengan begitu baik dan berkesan.

Perdana Menteri juga ingin melihat rakyat menyambut Hari Kemerdekaan dengan mengibarkan bendera di setiap rumah, kedai, bangunan dan kenderaan.

Najib berkata kerajaan juga akan meneruskan pendekatan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan kerana itu merupakan hala tuju kerajaan bagi mencapai kejayaan yang lebih besar.

Pelancaran kempen itu dihiasi lintas hormat perahu layar, bot dan peluncur air yang membawa Jalur Gemilang.

Peluncur-peluncur air itu memakai pakaian tradisonal yang menggambarkan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Selepas itu, bot-bot Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Polis, Bomba dan Penyelamat, Cruise Tasik dan Perbadanan Putrajaya yang masing-masing mengibarkan Jalur Gemlang, turut melakukan lintas hormat.

Najib kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan mewakili masyarakat pelbagai kaum negara serta wakil sekolah-sekolah.

Beliau turut meletakkan Jalur Gemilang pada kenderaan awam termasuk teksi selain kenderaan rasmi beliau.

-- BERNAMA


Najib Mahu Semangat Patriotisme Diperluaskan

PUTRAJAYA, 12 Ogos -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu agar semangat patriotisme rakyat terhadap negara diperluaskan merangkumi nilai dan perangai baik, bekerja bersungguh-sungguh, menjaga keharmonian negara dan mematuhi undang-undang.

Ia perlu di samping semangat patriotisme sedia ada iaitu cinta yang kental kepada negara dan semangat setia kepada negara, kata Perdana Menteri.

"Semangat patriotisme itu penting kerana pada keseluruhannya tidak ada bumi yang lebih baik dan bertuah daripada Malaysia," katanya ketika melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang Hari Kemerdekaan Ke-52 di Kompleks Sukan Air di sini.

Najib berkata nikmat kemerdekaan dapat dikecapi oleh rakyat selama ini kerana negara ditadbir dengan begitu baik dan berkesan.

Perdana Menteri juga ingin melihat rakyat menyambut Hari Kemerdekaan dengan mengibarkan bendera di setiap rumah, kedai, bangunan dan kenderaan.

Najib berkata kerajaan juga akan meneruskan pendekatan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan kerana itu merupakan hala tuju kerajaan bagi mencapai kejayaan yang lebih besar.

Pelancaran kempen itu dihiasi lintas hormat perahu layar, bot dan peluncur air yang membawa Jalur Gemilang.

Peluncur-peluncur air itu memakai pakaian tradisonal yang menggambarkan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

Selepas itu, bot-bot Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Polis, Bomba dan Penyelamat, Cruise Tasik dan Perbadanan Putrajaya yang masing-masing mengibarkan Jalur Gemlang, turut melakukan lintas hormat.

Najib kemudian menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan mewakili masyarakat pelbagai kaum negara serta wakil sekolah-sekolah.

Beliau turut meletakkan Jalur Gemilang pada kenderaan awam termasuk teksi selain kenderaan rasmi beliau.

-- BERNAMA


Perjuangan 1Malaysia Jadi Tunjang Sambutan Kemerdekaan

PUTRAJAYA, 12 Ogos -- Konsep 1Malaysia akan dijadikan tunjang Sambutan Kemerdekaan ke-52 31 Ogos nanti, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.
"Kali ini kita mahu melihat supaya 1Malaysia dapat benar-benar diterapkan dalam cara hidup kita dan terjemahan ini seharusnya dapat kita zahirkan dari segi amalan setiap hari.

"Oleh itu, kita minta supaya setiap pejabat, rumah dan lain-lain institusi mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan hari Kemerdekaan kali ini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang di sini Rabu.

Rais juga berharap orang ramai akan datang memeriahkan majlis sambutan kemerdekaan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos ini dan juga majlis penutupan sambutan di Sarawak pada 10 Okt nanti.

-- BERNAMA

Peranan dan Cabaran Belia Masa Kini

Belia merupakan generasi yang akan menggerakkan perubahan dan mencorakkan hala tuju perjalanan negara. Sehubungan itu, belia pada hari ini perlu diperkukuh dengan kemantapan budaya dan ketinggian nilai-nilai kehidupan agar generasi yang terbentuk pada masa hadapan mampu untuk menghadapi cabaran sezaman. Walaupun begitu, persoalan budayalah yang sebenarnya begitu rumit untuk dihadapi. Hal ini demikian memandangkan budaya bukanlah sekadar terhenti di wacana-wacana ilmiah sahaja, tetapi apa yang dapat kita lihat di dalam amalan kehidupan masyarakat. Persoalan budaya tidak wajar dihiaskan dengan polemik yang tidak berkesudahan, tetapi perlu ditangani oleh langkah-langkah proaktif dan dasar yang berkesan. Lebih penting, para pemimpin di setiap lapisan dan lapangan perlu untuk memainkan peranan mencetuskan penjelmaan nilai yang mampu memperkasa masyarakat. Dalam membangunkan budaya, persoalan kepimpinan melalui teladan merupakan kaedah yang paling mudah untuk mengajak masyarakat berubah ke arah kebaikan.

Serangan budaya Barat memanglah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi. Dengan kemenangan aliran demokrasi-liberal- kapitalisma sebagaimana yang pernah dilontarkan oleh Francis Fukuyama hampir dua dekad lalu , proses globalisasi menjadi ancaman terhadap budaya setempat. Kapitalisma yang menjadikan tujuan mengaut keuntungan semata-mata sebagai terasnya kini tersembunyi di dalam pelbagai bentuk , daripada pemakaian, kecanggihan alat komunikasi, gaya bertutur, muzik, siri realiti televisyen hingglah kepada percambahan pusat-pusat hiburan tanpa memikirkan kesannya kepada budaya masyarakat setempat. . Pada hari ini barulah kita menyedari bahawa globalisasi bukan sahaja terhenti kepada perihal ekonomi dan dasar perdagangan semata-mata, tetapi globalisasi juga wajar dilihat dalam kontek pensejagatan nilai-nilai Amerika ( globalisation of American values).

Dalam konteks Malaysia, kita tidak dapat menyangkal hakikat bahawa generasi belia di negara sedang berhadapan dengan cabaran kebudayaan yang begitu penting. Pada hari ini, generasi belia berhadapan dengan pelbagai bentuk budaya yang bersifat destruktif dan tidak menguntungkan negara. Hal ini terzahir daripada pelbagai salah laku dan masalah sosial yang berpunca daripada budaya hedonisme, sensate dan permisif. Lebih malang lagi, generasi remaja dan belialah yang paling teruk terdedah kepada serangan budaya ini. Generasi muda lebih cenderung menghabiskan masa berpestaan dan berhiburan, menghadiri konsert, berpacaran dan bergaul secara bebas daripada melakukan aktiviti aktiviti yang lebih bermanfaat seperti menggiatkan diri dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Lihat sahaja bagaimana generasi muda kita menyambut kedatangan tahun baru, hari kemerdekaan malah ada segelintir pihak yang meraikan perayaan Halloween pada bulan oktober lalu! Amat malang kerana semua ini melunturkan semangat generasi muda dari menyumbang tenaga untuk kebaikan masyarakat dan mereka juga menjadi tidak prihatin terhadap persoalan-persoalan kemasyrakatan yang berlaku di sekeliling mereka setiap hari.

Negara kita sudah mula membicarakan soal kebudayaan kebangsaaan seawal tahun 1971 lagi, menerusi kongress Kebudayaan Kebangsaan yang telah menetapkan tiga komponen utama yang akan mencirikan budaya kebangsaaan, iaitu kebudayaan penduduk asal rantau ini, kebudayaan luar yang sesuai dan wajar dengan realiti setempat dan Islam sebagai pembentuk elemen utama keperibadian budaya kebangsaan. Dari segi dasar, kita sudah mempunyai garis-garis besar haluan pemerkasaan budaya negara. Sungguhpun begitu, yang perlu diberi perhatian pada hari ini adalah soal menerjemahkan dasar ini melalui langkah-langkah yang akan memberikan hasil dan menyegarkan pelaksanaannya. Pendek kata, bagaimana menjelmakan semangat daripada dasar ini?

Memang sewajarnya kita merasa gusar, prihatin dan gelisah dengan segala wabak sosial ini. Hal ini demikian kerana sekiranya tidak ada usaha-usaha terancang dan perancangan budaya ( cultural planning), generasi pada masa hadapan akan lemeh dan tidak mampu menghadapi perubahan sezaman. Kita wajar menjadikan cetusan pemikir Islam Almarhum Malik Bennabi yang telah mengungkapkan perihal kebolehjajahan umat sebagai sindrom colonializibility sebagai amaran kepada kita. Menurut beliau, punca kita mudah terjajah bukanlah disebabkan hebatnya budaya yang menjajah itu, tetapi segalanya bermula apabila kita sendiri sudah melupakan asas-asas jati diri kita sendiri yang terdiri daripada agama, pegangan nilai dan budaya. Hanya apabila kita sudah tidak yakin lagi dengan kekuatan sendiri, barulah penjajahan budaya dan pemikiran lebih mudah berlaku. Kunci penjajahan minda dan budaya adalah kelemahan diri sendiri yang dimiliki!

Begitu juga dengan gejala cultural schizophrenia, iaitu rasa rendah diri terhadap kekuatan budaya sendiri dan merasakan segalanya yang datang dari dunia Barat itu adalah terbaik, melambangkan ketinggian tamadun dan mampu membawa kemajuan negara. Generasi belia di negara pada hari ini perlu kembali merasakan bahawa masyarakat timur mampu untuk maju ke hadapan dengan menjadikan nilai-nilainya sendiri sebagai asas.Tidak ada salahnya kita mengambil nilai-nilai yang positif dari Barat asal sahaja nilai-nilai tersebut mampu disesuaikan dengan aspirasi agama dan budaya setempat.

Kita sewajarnya mengambil iktibar daripada Polemik Kebudayaan yang pernah tercentus di Indonesia seketika dahulu. Pengarang besar Indonesia, Sutan Takdir Alisjahbana yang pernah menjadi pengagum besar budaya barat dan berpegang bahawa rakyat Indonesia hanya akan maju apabila menjadikan Barat sebagai acuan kemajuannya.tetapi kekaguman beliau akhirnya berubah apabila akhirnya beliau mendapati bahawa yang terhasil daripada keghairahan mengikuti acuan kemajuan barat hanyalah generasi “kepalang tanggung”, iaitu generasi yang sudah tercabut dari akar budaya tradisi sendiri, tetapi tidak pula mencapai tingkat kemajuan seperti yang diharapkan.

Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah memahami bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya- muzik tradisional, tarian asli, dan sebagainya. Tetapi budaya perlulah ditanggapi sebagai gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran peribadi dan perilaku kita dalam kehidupan sehari-hari. Hanya apabila kita memahami erti, tujuan dan peranan budaya barulah kita mampu merangka langkah-langkah berkesan dalam menyuburkannya di tengah-tengah masyarakat. Budaya sebagai jelmaan nilai merupakan asas penting dalam konteks masyarakat malaysia. Hal ini demikian memandangkan sebagai masyarakat Timur, kita ditekankan tentang kepentingan nilai-nilai budaya yang memancarkan kepatuhan terhadap agama dan adat resam tempatan. Sebagai contoh, masyarakat perlu sentiasa ditegaskan dengan kepentingan moral dan kesusilaan dalam segenap aspek. Dalam menghadapi pengaruh budaya barat yang begitu ketara, seperti gaya berpakaian misalnya, masyarakat perlu sentiasa ditekankan bahawa perlu ada garis yang jelas antara masyarakat tempatan dan masyaralkat barat. Kita tidak mahu adanya pemikiran bahawa demi mengejar kemajuan , setiap yang didatangkan dari barat itulah yang terkini dan paling baik untuk semua.

Dengan lahirnya Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjelang tahun 1971 membuktikan bahawa persoalan budaya sememangnya sudah menjadi salah satu perkara yang dititikberatkan oleh kerajaan. Ruang inilah yang perlu dimanfaatkan oleh generasi belia di negara ini dengan sebaik-baiknya. Para pemimpin belia perlu merangka strategi bagi menyedarkan masyarakat bahawa kita perlu terus mempertahankan budaya tempatan sebagai satu cara membina kekuatan generasi yang akan meneruskan kesinambungan negara pada masa hadapan. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbanyak penganjuran akktyiviti aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu, memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga masyarakat merasai kesannya.

Asas paling penting yang perlu terlebih dahulu dititik beratkan dalam usaha kita membangunkan budaya adalah kekuatan ilmu. Dengan adanya kekuatan ilmulah sesebuah bangsa dapat membina kekuatan menyaring dan mampu menghadapi serangan budaya yang berlaku saban hari menerusi media massa dengan berjaya.Budaya ilmu akan membentuk rakyat yang memiliki pemikiran yang kritikal, menajamkan rasa prihatin dan membina keyakinan terhadap nilai-nilai mulia warisan masyarakat timur yang perlu dipertahankan. Di samping itu, para pemimpin belia perlulah memikirkan strategi untuk melibatkan generasi belia dengan pelbagai kegiatan yang bermanfaat. Dengan pembabitan lebih ramai belia ke dalam aktiviti-aktiviti sosial, suka rela dan kemasyrakatan, ciri-ciri kepimpinan dan nilai-nilai budaya yang positif dapat dijelmakan ke dalam bentuk perbuatan.

1 MALAYSIA:MENYINGKAP SEJARAH PIAGAM MADINAH DAN PENYATUAN MASYARAKAT MAJMUK

By: Ramjit-->Oleh Nurul Halawati Mohd Azhari

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- "Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia", -- bangsa yang bersatu, itu yang dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan konsep 1Malaysia.Apa yang ketara konsep bersatu yang ditekankan 1Malaysia, menuntut warga Malaysia mengambil tindakan berdasarkan semua kumpulan etnik di negara ini dan melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum masing-masing.Felo Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Muhammad Hisyam Mohamad berkata usaha pembangunan akan menjadi mudah jika sesebuah masyarakat itu diikat dengan kesatuan dan perpaduan."Kesatuan ini akan bertambah kukuh jika mereka bergabung atas dasar saling mempercayai dengan kumpulan masyarakat yang lain. Kesatuan menghasilkan semangat untuk bekerjasama dan seterusnya membantu mempercepat usaha pentadbir menyalurkan kebaikan dan kemakmuran kepada masyarakat," katanya.Dalam tulisannya mengenai 1Malaysia yang dihantar kepada Bernama, Muhammad Hisyam mengambil contoh sejarah awal tamadun Islam yang menjadikan kesatuan asas kukuh kepada sesebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.Bukti paling jelas ialah dengan melihat Piagam Madinah yang didraf oleh Rasulullah s.a.w selaku pengasas dan ketua kerajaan Islam Madinah yang mengandungi 47 fasal."Baginda s.a.w meletakkan unsur kesatuan dan keperluan merujuk kepada satu perlembagaan yang sama oleh semua penduduk Madinah," katanya.Menurut beliau, kandungan Fasal 2 piagam itu dapat diterjemah sebagai penekanan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap unsur kesatuan dan kesepaduan bagi memastikan masyarakat majmuk dapat menikmati kehidupan yang harmoni dan bermutu di dalam negara.PIAGAM MADINAHSelain itu, bagi mengelak sebarang prasangka yang boleh menghakis keutuhan perpaduan kaum, piagam Madinah Fasal 15 dan 16 turut menyenaraikan jaminan perlindungan keselamatan yang sama rata kepada setiap penduduk Madinah, termasuk kaum Yahudi selagi mereka mematuhi isi kandungan piagam.Beliau menarik perhatian kepada Fasal 47 piagam itu, yang menyebut mana-mana pihak yang berlaku zalim atau melakukan kesalahan, tidak diberi sebarang keistimewaan atau perlindungan di bawah piagam berkenaan.Muhammad Hisyam turut menyentuh Fasal 25 piagam yang memberi kebebasan kepada penduduk Madinah untuk mengamalkan anutan masing-masing."Ini satu penghormatan yang diberikan oleh agama Islam kepada penganut agama lain untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa sebarang gangguan atau sekatan daripada pihak pemerintah Muslim," jelas beliau.Bagaimanapun, sebagai imbalan kepada pelbagai hak yang diberikan oleh pemerintah, penduduk dikehendaki bertanggungjawab berganding bahu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran dalam bidang kewangan, ekonomi dan kemasyarakatan di dalam negara.Fasal 47 itu menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara malah mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara berkenaan dalam pelbagai bidang kehidupan.PENDEKATAN YANG ADILJusteru itu, bagi Muhammad Hisyam, pendekatan "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", dilihat tidak bercanggah dengan semangat kesatuan yang menjadi unsur utama kandungan piagam yang dibangunkan pada tahun pertama penghijrahan Baginda s.a.w ke kota Madinah.Menurut beliau pendekatan itu turut memperlihat unsur-unsur keadilan dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak menerusi satu jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada rakyat -- iaitu tiada anggota masyarakat akan terpinggir kerana semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, sosio-ekonomi dan budaya dijanjikan satu pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan."Saya tidak nampak kewarasannya kenapa kita menolak pendekatan ini. Ia satu dasar yang amat baik yang patut diberi sokongan padu oleh semua. Tujuannya bagi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat."Cuma yang perlu difikirkan ialah apakah alat-alat yang sesuai yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk kita bersatu. Cukupkah dengan hanya janji-janji pemerintah bahawa tiada ahli masyarakat yang akan dipinggirkan di dalam arus pembangunan negara dapat menjadikan rakyat Malaysia bersatu?Atau apakah pelaksanaan yang boleh dilakukan bagi merapatkan hubungan 28 juta penduduk Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan adat resam ini?" soal beliau.PERLU PERUBAHANBagi ahli akademik di Fakulti Pendidikan UKM, Puan Sri Prof Dr Rohaty Mohd Majzub, Malaysia ialah negara contoh untuk seluruh dunia tentang konsep perpaduan yang dibina oleh pemimpin negara.Ia boleh dilihat melalui sistem pendidikan dengan melaksanakan program pendidikan dan satu kurikulum kebangsaan untuk menjana perpaduan.Menurut beliau, Malaysia secara relatifnya aman damai kecuali ada titik hitam 13 Mei 1969 dan kisah pertentangan dan konflik perkauman beberapa tahun lalu."Dalam usaha membina perpaduan bangsa, ia meliputi konteks input proses dan produk."Konteksnya sekarang berbeza dengan sebelum merdeka dahulu. Ini lumrah hidup tidak ada sesuatu yang kekal melainkan perubahan. Sudah tentu konteks telah berubah bersama perubahan sosial, pendidikan, ekonomi dan politik, " katanya.Prof Rohaty berkata masyarakat negara ini turut dipengaruhi pelbagai rangsangan seperti internet dan blog dan input seperti ini mempengaruhi proses dan produk.Menurut beliau, dahulu proses integrasi dan pembinaan negara memfokus kepada sistem persekolahan dan kurikulum kebangsaan iaitu "satu bahasa, satu bangsa dan satu iklim persekolahan".Bagaimanapun, Prof Rohaty tidak bersetuju bahawa 1Malaysia diperkenal ekoran perpaduan masyarakat yang semakin lemah atau disebabkan masyarakat yang buta sejarah.Menurutnya pandangan itu memerlukan kajian terperinci untuk dibuktikan."Dahulu kita ukur sejauh mana seseorang itu bersikap perpaduan seperti adakah orang akan berdiri jika Negaraku dimainkan? Tetapi sekarang pengukuran perpaduan lebih kompleks daripada itu kerana kita perlu mendalami pemikiran dan dasar hati manusia."Saya tidak berani hendak kata perpaduan kurang kecuali telah ada data kuantitatif dan kualitatif untuk menyokongnya. Jika ukuran telah berubah tentu apa yang kita ingin lihat juga telah berubah," tegas beliau.PENGISIAN DI BIDANG PENDIDIKANSebagai ahli akademik, Prof Rohaty melihat pendidikan ialah ejen perubahan yang amat penting kerana kanak-kanak belajar bersosial di sekolah.Beliau berpendapat falsafah dan dasar perlulah jelas kerana ia akan mempengaruhi pelaksanaannya.Menurut beliau, 1Malaysia perlu dilihat bersama-sama dengan falsafah yang sedia ada seperti Rukunegara, Falsafah Pendidikan Negara, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan lain-lain.(1Malaysia memberi penekanan kepada lapan nilai -- budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti)"Pada saya, nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum.Walaupun bukan baru, ia perlu diberi perhatian bersungguh-sungguh. Ia perlu dijadikan teras kurikulum serta diukur dari segi hasil pembelajaran baik di sekolah atau di universiti.Bagaimanakah nilai ini boleh dijayakan?, Prof Rohaty mencadangkan pakar -pakar pendidikan mengubah pendekatan pendidikan supaya nilai-nilai ini terserlah dan diakui penting."Contohnya tugasan akademik di universiti perlu ada elemen kesungguhan dari segi teori, cara menulis dan membincangkan sesuatu isu. Selain itu, integriti diukur melalui tingkah laku individu yang terlibat.MENGUBAH PANDANGAN SKEPTIKALKejayaan sesuatu perubahan terletak kepada penerimaannya.Dalam psikologi perubahan, akan ada individu yang berfikiran pesimis dan hanya melihat kepada rintangan sahaja. Ia boleh mempengaruhi individu lain."Perpaduan bukan cerita baru yang tidak diketahui. Berbekalkan sejarah dan teras ini saya rasa pandangan skeptikal boleh dikurangkan.Caranya ialah mewujudkan penerimaan ke atas 1Malaysia (nilai yang dikongsi)," ulas Prof Rohaty."(Ini bermakna) Perlulah nilai itu diterima dan difahami manfaatnya kepada kualiti hidup, organisasi dan diri sendiri.Saya rasa nilai-nilai ini cukup universal dan relevan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama."Prof Rohaty menolak pendapat yang mengatakan 1Malaysia hanya gimik politik. kerana politik dan kehidupan baginya merupakan dua elemen yang tidak boleh diasingkan. Maka kewujudan 1Malaysia akan mempengaruhi sosio-pendidikan dan politik.Baginya 1Malaysia bertujuan melanjutkan proses membina negara yang terlaksana 50 tahun lalu."Politik dan pendidikan saling berkaitan maka masyarakat patut berfikiran terbuka menerima nilai-nilai dan pembelajaran baru yang lebih kreatif."Saya fikir banyak yang perlu diperjelas dalam 1Malaysia khususnya melaksana dan menilai kejayaannya."Kita perlu meneliti perbezaan dan fikiran setiap warga Malaysia tentang 1Malaysia dengan hati terbuka dan mencari permuafakatan. Saya berpendapat setiap warga perlu memberikan pandangan mereka dan lebih ramai cerdik pandai dapat berbuat demikian," ulasnya.Beliau turut melihat golongan pelajar sekolah sebagai sasaran: "Kanak kanak adalah golongan yang paling terbuka fikiran mereka. Individu dewasalah yang boleh meracuni fikiran mereka. Oleh itu nilai tersebut perlu diterapkan sejak tadika lagi."--
BERNAMA

DUA FAKTOR GEJALA SOSIAL MENINGKAT

KUALA LUMPUR: Penganjuran program belia yang tidak bermaya dan kegagalan mengecapi didikan sempurna di rumah dikesan menjadi antara punca utama peningkatan ketara salah laku sosial remaja Malaysia dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.Selain dua faktor berkenaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat turut menyifatkan pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan pesat pusat hiburan di seluruh negara juga menjadi antara penyumbang gejala sosial di kalangan belia negara ini berbanding 10 tahun lalu.Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad (gambar), berkata kebanyakan belia yang terbabit dengan gejala sosial termasuk lumba haram, keluar lewat malam, hisap rokok dan gangsterisme adalah dikalangan mereka yang tidak berpersatuan.
“Kajian mendapati rata-rata belia bermasalah adalah golongan yang langsung tidak menyertai mana-mana pertubuhan, kegiatan sukan mahupun program riadah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan perlu merangka mekanisme lebih berkesan dalam penganjuran sebarang program belia negara yang lebih relevan dengan kehendak dan naluri remaja tempatan.“Selain program belia yang lebih berkesan, kerajaan juga perlu mencari pendekatan yang lebih sesuai untuk menarik minat mereka berpersatuan.“Kita mahu belia dibentuk dengan daya kepemimpinan tinggi selain mampu berdaya saing. Sehubungan itu, usaha bersepadu perlu dirangka bagi menarik lebih 8.5 juta belia yang dilaporkan tidak mendaftarkan diri dalam sebarang pertubuhan,” katanya.Kelmarin akhbar melaporkan, hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke empat (KPKM-4) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mendapati salah laku sosial di kalangan remaja membabitkan perbuatan keluar hingga larut malam, merokok, gangsterisme, dadah, lumba haram dan kahwin lewat meningkat agak ketara dalam tempoh 10 tahun. Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) , Dr Mastura Badzis, berkata mengikut kajian, kaedah pendidikan awal yang dipraktikkan ibu bapa sehingga usia anak mencecah tujuh tahun adalah penentu dalam mencorak peribadi anak.
©The New Straits Times Press (M) Berhad

We’re looking at the best mechanism in youth devt: Visiting youth body KUCHING: Langkawi District Youth Council (LDYC) is looking at Saberkas as the role model to develop youths in the district, its chairman Nor Saidi Nanyan said yesterday.

“Saberkas is a good model for Langkawi because of its strong foundation in youth development,” he said, believing that by emulating Saberkas, the LDYC could progress further and become a strong youth movement. Zamahari (third right) presenting a memento to Saidi while Langkawi District Youth Council members as well as Saberkas members look on.

Speaking during a visit to Saberkas headquarters here, he said the council was to set up a co-operative through the help of government agencies, where 30 per cent of the fund would go to the cooperative members while the rest would go to the council.

“We plan to use the fund for youth programmes including activities to prevent youths from getting involved in unhealthy acts like drug abuse,” he said, adding high on their list would be seminars and exhibition similar to those organised by Saberkas.

“We are looking for the best mechanism in youth development, and Seberkas has it. The current situation calls for continuous funding to hold such activities,” he added. He said LDYC which now had about 3,000 members was aiming at reducing social ills among youths in Langkawi.

Saidi was leading a 20-member delegation from LDYC for a visit to the Saberkas headquarters.
The group, which was on a four-day visit to the State, left for home yesterday. Saberkas exco member Zamahari Saidi, who is also Saberkas Kuching District chairman, in his welcoming speech said Saberkas was hoping to jointly organise an international youth seminar here with the Malaysian Youth Council.

He said Saberkas was still negotiating the matter and if it materialised, the seminar would be held as part of the State’s 46th independence anniversary.
“We in Saberkas will continue to work hard to remain relevant for the betterment of the youths,” he said. Zamahari, who represented Saberkas secretary Aidan Wing, added that Saberkas was seen as a body that could have a great impact on the development of youths in Sarawak.

“We have held many programmes with the Social Development and Urbanisation Ministry, and we can see that social problems in the State have decreased. This is the impact of our movement,” he said.

AGENDA PEMBANGUNAN BELIA TERUS DIPERKASA : MUHYIDIN


Oleh Amirullah Andi Nur dan Nasir Abd Wahab
bhnews@bharian.com.my

Kerajaan sedia guna segala sumber bebas kemelesetan ekonomi . Kerajaan akan terus memperkasakan agenda pembangunan belia dan bersedia menggunakan segala sumber yang ada dengan berkesan bagi membangunkan belia di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, harapannya dalam masa terdekat, setiap belia akan bebas dari segala cengkaman kemelesetan ekonomi dan seterusnya dapat bersama dengan kerajaan merencana agenda menobatkan negara di persada dunia berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Berucap merasmikan Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, dekat sini, semalam, beliau turut memberi jaminan, suara golongan berkenaan akan terus didengar dan diiktiraf kerajaan. Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan bersama kerajaan Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) itu dihadiri kira-kira 15,000 pemimpin dan wakil belia dari seluruh negara. Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Muhyiddin turut meminta belia negara ini berusaha mencari persamaan dan mengelak perbezaan serta menterjemahkan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan. "Dalam membentuk 1Belia, 1Malaysia, belia perlu bersama kerajaan dalam memastikan masyarakat tidak mudah hilang pertimbangan dan membenarkan emosi menguasai diri mereka. Kita tidak boleh beranggapan perpaduan negara kita sudah mantap dan menyebabkan kita tidak perlu berusaha mempertingkatkannya lagi," katanya.

Sementara itu, pada sidang media, Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) akan menunggu sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung krisis politik di Perak sebelum mengambil sebarang tindakan susulan. Sekarang ini (krisis politik di Perak) masih di mahkamah. Masih ada kes rayuan dan pendengaran ditetapkan oleh mahkamah. Jadi saya fikir elok kita tunggu... kita tak boleh jangka kerana ini soal perundangan dan Perlembagaan," katanya.

Muhyiddin yang Timbalan Pengerusi BN tidak menolak kemungkinan Pakatan Rakyat tidak berminat mengadakan rundingan bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak, apabila mahu isu itu diselesaikan oleh rakyat menerusi pilihanraya. "Kerajaan mempunyai pendirian sendiri berhubung cadangan perundingan itu dan terpulang kepada mereka menyambut cadangan berkenaan. Bagaimanapun dari percakapan mereka, saya nampak mereka macam tak berminat," katanya mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

Sebelum itu, ketika ditemui selepas solat Jumaat di Taman Bukit Rambai, dekat sini, Muhyiddin berkata, situasi politik yang tidak menentu di Perak boleh menjejaskan usaha kerajaan memulihkan ekonomi dan berharap masalah itu dapat diselesaikan segera supaya tidak menjejaskan kehidupan rakyat. Muhyiddin berkata, kerajaan prihatin dengan nasib rakyat susulan ekonomi dunia tidak stabil, khususnya golongan berpendapatan rendah dan akan memastikan mereka yang sebelum ini pernah hidup miskin tidak kembali kepada kehidupan itu.
Mengulas mengenai isu membabitkan Parti Progresif Rakyat (PPP) yang kemungkinan berdepan pembatalan pendaftaran selepas dikatakan gagal menghantar laporan mesyuarat sejak 2002, Muhyiddin berkata, kepemimpinan parti berkenaan seharusnya bertindak segera menyelesai-kannya.

"Kita harap kepemimpinan tertinggi parti itu bertindak segera berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan. Kalau ada masalah, mungkin masalah kecil, ia mungkin boleh pertimbangkan. Kita mahu PPP kekal dalam BN. Jadi terserahlah kepada parti itu mengambil tindakan menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.


Majlis Belia Malaysia

ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA

JITRA, 5 Jun -- TAHNIAH ... Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek menyampaikan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia kepada Pengerusi Persatuan Belia Serumpun Kampung Bayas, Langkawi Mohd Azim Othman (kanan) pada Sambutan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Wawasan Jitra di sini, malam ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

Bajet Dan Integriti: Harapan Generasi Muda

Monday, 22 September 2008

Azizuddin AhmadNaib Presiden, Majlis Belia Malaysia (MBM)Institut Integriti Malaysia pernah menganjurkan suatu ”lunch talk” yang saya hadiri dan berkesempatan berbincang dengan para pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Di dalam perbincangan ringkas tersebut, saya menyatakan bahawa perubahan yang telah membebaskan badan ini dari birokrasi agar dapat dan bertindak mengikut undang-undang yang telah diberikan, adalah sangat penting untuk dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Meskipun hakikat ini sememangnya diakui, namun kekurangan pegawai serta imbuhan yang tidak mencukupi tetap menjadi hambatan. Yang paling merisaukan ialah integriti dan kesanggupan pegawai-pegawai muda memikul amanah besar ini. Memang terdapat kes di mana sogokan cuba diberikan untuk melepaskan beberapa kesalahan kecil. Cubaan-cubaan ini, sekiranya tidak diatasi, boleh mengundang sogokan-sogokan yang lebih besar.Apa yang ingin diperkatakan ialah nilai individu dalam menjalankan tanggungjawab secara bersih, cekap dan amanah semakin merisaukan. Sekiranya kualiti ini tidak dimantapkan sewaktu para penjawat ini masih muda, sudah pasti negara kita tidak akan lepas dari gejala rasuah dan ketidakcekapan (mediocrity). Bajet yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008 baru-baru ini mungkin menceriakan sedikit rakyat secara keseluruhannya. Namun pelaksanaannya masih lagi memerlukan perhatian dan kawalselia. Sebanyak sedikit bajet ini memang dipengaruhi oleh suasana politik semasa. Ia masih bermotif politik dalam usaha menarik perhatian rakyat berkaitan dengan keinginan kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup. Bagi generasi muda, di dalam bajet kali ini mereka ingin melihat bagaimana peruntukan kerajaan digunakan dan disalurkan secara adil dan saksama kepada rakyat yang memerlukan. Kerajaan dan agensinya perlu telus dan mengelakkan pembaziran kerana ia akan menimbulkan krisis ketidakyakinan kepada generasi muda. Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan semua cadangan yang diusulkan di dalam bajet kali ini dengan baik, rakyat dapat merasakan kesan dalam meringankan beban kehidupan. Malah, kemungkinan besar generasi muda akan mengubah persepsi terhadap pentadbiran kerajaan yang ada. Inilah persoalan integriti, kecekapan, ketelusan dan amanah yang sedang dipantau generasi muda sekarang. Tidak semua berpuashati dengan bajet kali ini. Bagi mereka, banyak projek kerajaan yang terpaksa dikorbankan dan ini mungkin melembabkan pertumbuhan ekonomi. Banyak insentif dan imbuhan diberikan bukan untuk berbelanja tetapi untuk membuat pilihan terbaik sama ada untuk berbelanja atau menyimpan. Alangkah baiknya sekiranya habuan dari bajet kali ini mendorong kita berbudaya sederhana dan mengelak amalan merugikan seperti merokok. Pada masa yang sama, kita tidak wajar dipengaruhi oleh mereka yang berkemampuan. Ukurlah baju di badan sendiri!Suasana sekarang—sama ada politik atau ekonomi, dalam atau luar negara—memang tidak menentu. Semuanya memberi kesan terhadap perkembangan kita semua. Bagi generasi muda, inilah saat yang sangat penting kerana beberapa faktor.Pertama, mereka perlu memikirkan bagaimana wang dan dana yang ada kini dimanfaatkan sebaik mungkin. Banyak institusi yang menyediakan pelan-pelan simpanan dan pelaburan yang membolehkan mereka mendapat keuntungan berganda pada masa akan datang. Kedua, mereka perlu berbelanja secara berhemah. Majlis Belia Malaysia (MBM) dan pelbagai badan bukan Kerajaan (NGO) pernah menganjurkan kempen belanja berhemah. Risalah diedarkan bagi menyedarkan masyarakat terutama di kalangan belia agar dapat mengawal perasaan dan nafsu membelanja secara boros. Berbelanja tanpa kawalan akan merugikan kerana kita tidak memerlukan barang-barang yang telah dibeli.Ketiga, mereka perlu mengurangkan perbelanjaan melalui kad kredit. Kad kredit amat membantu terutama ketika kita berada dalam kesusahan. Ianya juga boleh mengurangkan keperluan kita membawa wang tunai. Namun ia juga mempunyai tarikan khususnya berbelanja tanpa kawalan.Sebab itu apabila Sahabat Rasulullah s.a.w pulang dari Perang Badar, baginda mengingatkan bahawa mereka harus bersedia untuk peperangan yang lebih besar iaitu hawa nafsu. Tiga perkara di atas sekiranya dapat dijadikan budaya di kalangan belia, alaf baru dapat dihadapi dengan lebih yakin kerana cabaran-cabaran yang akan datang dijangka akan lebih kompleks.Integriti tidak dapat dibina dengan sekelip mata. Ia mesti dipupuk sejak awal dengan kesedaran yang mendalam. Generasi muda mesti bersedia membina kekuatan dalaman serta faham bahawa integriti adalah budaya kita. Amanah yang dipikul memerlukan kekuatan mental, fizikal dan spiritual. Kalau generasi muda menagihkan ketelusan, adil dan saksama dari pihak kerajaan, mereka juga mesti memulakan perubahan diri sendiri ke arah integriti!

RM50 juta bantuan pinjaman belia niaga

Saturday, 31 May 2008

JERANTUT 29 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun ini menerusi Tabung Pinjaman Ekonomi Belia untuk meningkatkan penyertaan belia dalam bidang perniagaan di seluruh negara.

Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Mohd. Azizan Che Omar berkata, bagi menjayakan matlamat tersebut, kerajaan telah memudahkan prosedur dengan mengurangkan kerenah birokrasi yang selama ini dilihat menjadi halangan kepada belia.
Melalui pinjaman tersebut, katanya, belia tidak perlu menyediakan penjamin bagi pinjaman RM15,000 ke bawah sebaliknya mereka hanya perlu mengemukakan permohonan dengan surat sokongan dan pendaftaran perniagaan.

''Bagi pinjaman RM15,000 hingga RM50,000 pula, mereka hanya perlu mengemukakan seorang penjamin yang berpendapatan RM800 sebulan," katanya ketika menutup Program Ekspedisi Kuala Tahan anjuran Gerakan Belia 4B Indera Mahkota di Kuala Tahan dekat sini kelmarin.

Mohd. Azizan memberitahu, peminjam tidak perlu lagi menjalani ujian minda atau prosedur lain tetapi hanya perlu menjalani kursus singkat perniagaan anjuran kementerian terbabit.

Katanya, pinjaman mudah yang disediakan kementerian itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan selain melahirkan belia berkemahiran serta berkualiti bagi memenuhi pasaran pekerjaan di seluruh negara.

Sehingga kini, menurut Mohd. Azizan, sebanyak RM10.5 juta pinjaman diluluskan kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa belia lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran dan menganggur supaya memohon pinjaman itu bagi memajukan diri dalam perniagaan.

''Peluang keemasan yang disediakan kerajaan itu tidak seharusnya dipersia-siakan kerana kementerian mempunyai perancangan untuk membantu mereka menjadi usahawan yang berjaya dan mendapatkan pendapatan lumayan," katanya.

Mohd. Azizan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bera berkata, pinjaman itu terbuka kepada semua golongan tanpa mengira kaum.

Program Belia Patut Utama Kreativiti

Tuesday, 19 May 2009

MELAKA: Sumbangan idea dan kreativiti golongan belia kini dianggap pemangkin baru ekonomi berasaskan kreativiti (c-ekonomi) yang boleh membantu kerajaan menjana pendapatan untuk pembangunan negara.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kerajaan kini menggalakkan semua program belia memasukkan unsur kreativiti kerana ia berpotensi besar mengubah ekonomi golongan belia.Katanya, menerusi tranfomasi diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, peranan belia negara ini kian menyerlah dan lebih banyak diberi ruang untuk membangunkan negara ini."Suara dan sumbangan golongan belia tidak lagi dikongkong apabila kerajaan setuju meminda Akta Universiti dan Kolej yang bertujuan membolehkan pemimpin pelajar di institusi pengajian tinggi bergerak aktif dalam pertubuhan belia."Selain itu, kewujudan Akta Belia yang baru juga membantu semua generasi muda berpeluang tampil menyuarakan pandangan pada peringkat nasional,” katanya selepas merasmikan penutupan Konvensyen Belia Kebangsaan dan Penyampaian Anugerah Belia Remaja Negara 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh, semalam.Konvensyen berkenaan dianjurkan sempena Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 bertemakan Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan. Seramai 200 peserta terdiri pemimpin pelbagai pertubuhan belia peringkat nasional hadir pada konvensyen itu yang antara lain membincangkan hala tuju belia di bawah konsep 1Belia 1 Malaysia. Pada majlis itu juga, Ahmad Shabery menyampaikan anugerah kepada tiga penerima iaitu pasukan Formula Future bagi kategori sukan, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal bagi kategori pendidikan, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah bagi kategori Sains dan Teknologi.Pasukan Formula Future diiktiraf kerana membantu mengharumkan nama negara sejak menjuarai kejohanan itu di Lisbon, Portugal pada 2004 dan kejayaan terbaru muncul juara di Ravenna, Itali, tahun lalu.Nik Madiha pula diiktiraf berikutan memperolehi keputusan 20A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008 manakala SMK Teloi Kanan menerusi pencapaian memenangi pingat emas di Festival Sains dan Teknologi di Finland tahun lalu.

LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG BAYAS 2008 (PBSB)

LAPORAN AKTIVITI 2008
PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB)

1/1/2008
MESYUARAT BULANAN PERSATUAN 01/08,TOK SENIK,LANGKAWI
SEMUA AJK PBSB, PEGAWAI BELIA DAERAH LANGKAWI

14/1/2008
PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN ANTARA ,
BELIA BAYAS F.C (7) VS HOTEL SHERATON LANGKAWI (0),
BERTEMPAT DI KOMPLEKS SUKAN LADA, LANGKAWI
ANJURAN BIRO SUKAN & REKREASI.

16/1/2008
MENGHADIRI MESYUARAT & LAWATAN Y.B MENTERI BELIA DAN SUKAN KE IBU PEJABAT MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM),WISMA MBM, BANDAR TASIK PERMAISURI, K.L. YANG DIHADIRI OLEH PENGERUSI PBSB WAKIL KEPADA BELIA PBSB

25/1/2008
MESYUARAT KHAS BERKAITAN PROJEK EKONOMI PBSB: TERNAKAN LEMBU PEDAGING BERKELOMPOK BERSAMA SETIAUSAHA AGUNG MBM
WISMA MBM, BANDAR TASIK PERMAISURI, K.L. YANG DIHADIRI OLEH
PENGERUSI PBSB.

30/1/2008
MAJLIS MESRA BELIA BERSAMA Y.A.B MB KEDAH, DI DEWAN SERI MENTALOON,
ALOR STAR. DIHADIRI OLEH 5 ORANG WAKIL AHLI PBSB.

4/2/2008
MESYUARAT BULANAN PERSATUAN 02/08. BERTEMPAT DI TOK SENIK, LANGKAWI.
SEMUA AJK PBSB, PEGAWAI BELIA DAERAH LANGKAWI & PENGGERAK KELAB RAKAN MUDA PARLIMEN LANGKAWI.

4/2/2008
MESYUARAT PERTANDINGAN PESTA WAU LANGKAWI 2008 BERSAMA Y.B DATO’ IR. NAWAWI BIN AHMAD (ADUN KUAH MERANGKAP EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH)
BERTEMPAT DI TOK SENIK, LANGKAWI. MESYUARAT INI DIHADIRI OLEH YB. ADUN KUAH, SEMUA AJK PBSB, JKKK KG. BAYAS, PEGAWAI BELIA LANGKAWI.

15/2/2008
TAKLIMAT AKTA BELIA & REGISTRY OF YOUTH (R.O.Y) OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DI AUDITORIUM LADA, LANGKAWI. DIHADIRI OLEH 3 ORANG AHLI PBSB.

16/2/2008
MESYUARAT JAWATANKUASA PERTANDINGAN PESTA WAU LANGKAWI 2008
TOK SENIK, LANGKAWI. SEMUA AJK PBSB DAN JKKK KG. BAYAS MENGHADIRINYA

22/2/2008
PROGRAM KEMASYARAKATAN : PERTANDINGAN PESTA WAU LANGKAWI 2008
PERKARANGAN DEWAN ORANG RAMAI KG. BAYAS, LANGKAWI.
SEMUA AJK PBSB DAN JKKK KG. BAYAS.

15/3/2008
MESYUARAT BULANAN PERSATUAN 03/08 DI TOK SENIK, LANGKAWI.
SEMUA AJK PBSB, PEGAWAI BELIA LANGKAWI

26/3/2008
PERJUMPAAN “MESRA BIRO” ANTARA PENGERUSI PBSB BERSAMA KETUA BIRO DAN AJK BIRO SUKAN & REKREASI BERTEMPAT DI KEDAI SUNNI, LANGKAWI.
PENGERUSI, SETIAUSAHA, PENOLONG SETIAUSAHA, KETUA BIRO DAN AJK BIRO SUKAN & REKREASI .

GERAK KERJA YANG DIJALANKAN SEPANJANG 1/1/2008 HINGGA 31/3/2008 ADALAH SEBANYAK 12 AKTIVITI/PROGRAM.

DISEDIAKAN OLEH :
EN. MOHD. AZIM BIN OTHMAN
PENGERUSI
PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS

KeLaB BoLaSePaK BaYaS FC

KeLaB BoLaSePaK BaYaS FC

PELUANG BELIA MENAMBAH PENDAPATAN TANPA MODAL

Get cash from your website. Sign up as affiliate.