SELAMAT DATANG DAN MELAYARI BLOG PENCETUS MINDA BELIA MASA KINI

SaLaM PeRpAdUaN 1 BeLiA 1 MaLaYsIa

InFo TeRkInI

KEPADA SEMUA WARGA BELIA YANG BERUMUR 21 TAHUN KEATAS.....JANGAN KITA LUPA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI WARGA BELIA NEGARA MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMILIH KEPIMPINAN NEGARA MAHUPUN NEGERI. JIKA BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA,DIMINTA BERBUAT SEBERAPA SEGERA. JANGAN KITA LENGAHKAN MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH,KERANA UNDI ANDA MENENTUKAN MASA HADAPAN ANDA DAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA....MUDAH SAHAJA UNTUK MENDAFTAR....PERGI SAHAJA PEJABAT POS DAN JANGAN LUPA BAWA KAD PENGENALAN.... 1BELIA 1MALAYSIA










SoRoTaN AkTiViTi

MeNgEnAi PeRsAtUaN

PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB) telah didaftarkan pada 3hb Julai 2003 sebagai sebuah pertubuhan belia yang berdaftar dibawah Akta Pertubuhan (R.O.S) dengan memperolehi sijil daftar R.O.S : 1043 dan kemudian pada tahun 2008 PBSB telah didaftarkan semula pada 11hb September 2008 di bawah Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007 dengan memperolehi sijil daftar R.O.Y : 0515. PBSB merupakan sebuah persatuan belia setempat yang diterajui oleh lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa (AJK) yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dan terdiri dari pelbagai lapisan peringkat umur belia.

Aktiviti utama PBSB adalah untuk membantu para belia berdaftar sebagai ahli belia berpersatuan, menjana ekonomi belia berkelompok melalui skim tabung ekonomi belia (STEB) sebagai projek ekonomi persatuan dan merancang serta menganjurkan pelbagai program dan juga aktiviti yang melibatkan para belia dengan masyarakat setempat seperti program bersama dengan pihak JKKK, PIBG dan Jawatankuasa Kariah Masjid At-Tasnim Kg. Bayas.

PBSB merupakan persatuan belia yang aktif dalam mempelbagaikan aktiviti dan program sejak ditubuhkan pada tahun 2003. Buat pertama kalinya PBSB telah diberi kepercayaan dalam menjayakan PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL (PJKN) BAYAS 2008 di peringkat daerah Pulau Langkawi, Kedah. Ini adalah hasil kejayaan bersama semua ahli PBSB dalam membantu menaikkan imej PBSB di kalangan persatuan didalam daerah Langkawi.

Maka tidak hairanlah ketika ini pihak kerajaan sering menitikberatkan mengenai penguasaan dan kemahiran para belia di dalam sudut pembangunan belia negara. Peningkatan dan pelaksanaan tahap modal insan juga perlulah seiring dengan keperluan semasa agar generasi negara ini sentiasa bersedia dan mampu menjadi generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Justeru itu, PBSB telah merancang untuk melaksanakan “Perancangan Induk Belia Wawasan” yang merangkumi program pembangunan modal insan dan ekonomi dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2007-2012.
Ia adalah selaras dengan keperluan semasa belia yang perlu bersaing serta dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan serta ekonomi masa hadapan negara selaras slogan PBSB iaitu “BELIA PENGGERAK WAWASAN NEGARA”.

VISI
Menjadi sebuah PERSATUAN BELIA yang berwawasan untuk mencapai tahap kejayaan di dalam PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN EKONOMI selaras dengan slogan PBSB iaitu “BELIA PENGGERAK WAWASAN NEGARA”.

MISI
Membawa para belia dan beliawanis ke arah BELIA BERWAWASAN.

Melahirkan para belia dan beliawanis yang berkeyakinan dan berwibawa dalam kerjaya serta kehidupan seharian tanpa mengabaikan nilai modal insan dalam diri mereka.

MAKLUMAT PERSATUAN

Nama :
PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB)

Tarikh Didaftarkan R.O.S : 3hb. JULAI 2003
No. Daftar R.O.S : 1043
Tarikh Didaftarkan R.O.Y : 11hb. SEPTEMBER 2008
No. Daftar R.O.Y : 0515

Alamat Berdaftar/Operasi :
D/A : PEJABAT BELIA SERUMPUN KG. BAYAS, DEWAN PBSB, KG.BAYAS, MUKIM ULU MELAKA, 07000 LANGKAWI,
KEDAH DARUL AMAN.

Email : mybayas@gmail.com
No. Telefon : 017-480 7734
No. Faks :

Jumlah Ahli Persatuan (Rekod :1/1/2009) : 148

Jumlah Ahli Lelaki : 113
Jumlah Ahli Perempuan : 35


RUMUSAN
PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB) telah bersedia untuk menghadapi persaingan dalam menjayakan visi dan misi dengan penuh komited dan iltizam yang kuat dikalangan Ahli Jawatankuasa dan para belia serta beliawanis PBSB.

Segala perancangan jangka pendek mahu pun jangka panjang diharap dapat direalisasikan sebaik-baiknya dengan kerjasama daripada semua pihak terutama daripada pihak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Langkawi, Majlis Belia Daerah (MBD) Langkawi, Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan terutama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) serta Agensi dan Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan.

Sesungguhnya kami di PERSATUAN BELIA SERUMPUN KG. BAYAS (PBSB) berharap agar mendapat sokongan dan galakkan yang berterusan daripada pelbagai pihak dalam memberi pandangan dan tunjuk ajar dalam memartabatkan persatuan belia selaras dengan dasar kerajaan BELIA BERPERSATUAN.


TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI


CARTA ORGANISASI PERSATUAN BELIA SERUMPUN BAYAS

1 MALAYSIA:MENYINGKAP SEJARAH PIAGAM MADINAH DAN PENYATUAN MASYARAKAT MAJMUK

By: Ramjit-->Oleh Nurul Halawati Mohd Azhari

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- "Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia", -- bangsa yang bersatu, itu yang dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan konsep 1Malaysia.Apa yang ketara konsep bersatu yang ditekankan 1Malaysia, menuntut warga Malaysia mengambil tindakan berdasarkan semua kumpulan etnik di negara ini dan melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum masing-masing.Felo Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Muhammad Hisyam Mohamad berkata usaha pembangunan akan menjadi mudah jika sesebuah masyarakat itu diikat dengan kesatuan dan perpaduan."Kesatuan ini akan bertambah kukuh jika mereka bergabung atas dasar saling mempercayai dengan kumpulan masyarakat yang lain. Kesatuan menghasilkan semangat untuk bekerjasama dan seterusnya membantu mempercepat usaha pentadbir menyalurkan kebaikan dan kemakmuran kepada masyarakat," katanya.Dalam tulisannya mengenai 1Malaysia yang dihantar kepada Bernama, Muhammad Hisyam mengambil contoh sejarah awal tamadun Islam yang menjadikan kesatuan asas kukuh kepada sesebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.Bukti paling jelas ialah dengan melihat Piagam Madinah yang didraf oleh Rasulullah s.a.w selaku pengasas dan ketua kerajaan Islam Madinah yang mengandungi 47 fasal."Baginda s.a.w meletakkan unsur kesatuan dan keperluan merujuk kepada satu perlembagaan yang sama oleh semua penduduk Madinah," katanya.Menurut beliau, kandungan Fasal 2 piagam itu dapat diterjemah sebagai penekanan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap unsur kesatuan dan kesepaduan bagi memastikan masyarakat majmuk dapat menikmati kehidupan yang harmoni dan bermutu di dalam negara.PIAGAM MADINAHSelain itu, bagi mengelak sebarang prasangka yang boleh menghakis keutuhan perpaduan kaum, piagam Madinah Fasal 15 dan 16 turut menyenaraikan jaminan perlindungan keselamatan yang sama rata kepada setiap penduduk Madinah, termasuk kaum Yahudi selagi mereka mematuhi isi kandungan piagam.Beliau menarik perhatian kepada Fasal 47 piagam itu, yang menyebut mana-mana pihak yang berlaku zalim atau melakukan kesalahan, tidak diberi sebarang keistimewaan atau perlindungan di bawah piagam berkenaan.Muhammad Hisyam turut menyentuh Fasal 25 piagam yang memberi kebebasan kepada penduduk Madinah untuk mengamalkan anutan masing-masing."Ini satu penghormatan yang diberikan oleh agama Islam kepada penganut agama lain untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa sebarang gangguan atau sekatan daripada pihak pemerintah Muslim," jelas beliau.Bagaimanapun, sebagai imbalan kepada pelbagai hak yang diberikan oleh pemerintah, penduduk dikehendaki bertanggungjawab berganding bahu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran dalam bidang kewangan, ekonomi dan kemasyarakatan di dalam negara.Fasal 47 itu menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara malah mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara berkenaan dalam pelbagai bidang kehidupan.PENDEKATAN YANG ADILJusteru itu, bagi Muhammad Hisyam, pendekatan "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", dilihat tidak bercanggah dengan semangat kesatuan yang menjadi unsur utama kandungan piagam yang dibangunkan pada tahun pertama penghijrahan Baginda s.a.w ke kota Madinah.Menurut beliau pendekatan itu turut memperlihat unsur-unsur keadilan dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak menerusi satu jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada rakyat -- iaitu tiada anggota masyarakat akan terpinggir kerana semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, sosio-ekonomi dan budaya dijanjikan satu pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan."Saya tidak nampak kewarasannya kenapa kita menolak pendekatan ini. Ia satu dasar yang amat baik yang patut diberi sokongan padu oleh semua. Tujuannya bagi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat."Cuma yang perlu difikirkan ialah apakah alat-alat yang sesuai yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk kita bersatu. Cukupkah dengan hanya janji-janji pemerintah bahawa tiada ahli masyarakat yang akan dipinggirkan di dalam arus pembangunan negara dapat menjadikan rakyat Malaysia bersatu?Atau apakah pelaksanaan yang boleh dilakukan bagi merapatkan hubungan 28 juta penduduk Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan adat resam ini?" soal beliau.PERLU PERUBAHANBagi ahli akademik di Fakulti Pendidikan UKM, Puan Sri Prof Dr Rohaty Mohd Majzub, Malaysia ialah negara contoh untuk seluruh dunia tentang konsep perpaduan yang dibina oleh pemimpin negara.Ia boleh dilihat melalui sistem pendidikan dengan melaksanakan program pendidikan dan satu kurikulum kebangsaan untuk menjana perpaduan.Menurut beliau, Malaysia secara relatifnya aman damai kecuali ada titik hitam 13 Mei 1969 dan kisah pertentangan dan konflik perkauman beberapa tahun lalu."Dalam usaha membina perpaduan bangsa, ia meliputi konteks input proses dan produk."Konteksnya sekarang berbeza dengan sebelum merdeka dahulu. Ini lumrah hidup tidak ada sesuatu yang kekal melainkan perubahan. Sudah tentu konteks telah berubah bersama perubahan sosial, pendidikan, ekonomi dan politik, " katanya.Prof Rohaty berkata masyarakat negara ini turut dipengaruhi pelbagai rangsangan seperti internet dan blog dan input seperti ini mempengaruhi proses dan produk.Menurut beliau, dahulu proses integrasi dan pembinaan negara memfokus kepada sistem persekolahan dan kurikulum kebangsaan iaitu "satu bahasa, satu bangsa dan satu iklim persekolahan".Bagaimanapun, Prof Rohaty tidak bersetuju bahawa 1Malaysia diperkenal ekoran perpaduan masyarakat yang semakin lemah atau disebabkan masyarakat yang buta sejarah.Menurutnya pandangan itu memerlukan kajian terperinci untuk dibuktikan."Dahulu kita ukur sejauh mana seseorang itu bersikap perpaduan seperti adakah orang akan berdiri jika Negaraku dimainkan? Tetapi sekarang pengukuran perpaduan lebih kompleks daripada itu kerana kita perlu mendalami pemikiran dan dasar hati manusia."Saya tidak berani hendak kata perpaduan kurang kecuali telah ada data kuantitatif dan kualitatif untuk menyokongnya. Jika ukuran telah berubah tentu apa yang kita ingin lihat juga telah berubah," tegas beliau.PENGISIAN DI BIDANG PENDIDIKANSebagai ahli akademik, Prof Rohaty melihat pendidikan ialah ejen perubahan yang amat penting kerana kanak-kanak belajar bersosial di sekolah.Beliau berpendapat falsafah dan dasar perlulah jelas kerana ia akan mempengaruhi pelaksanaannya.Menurut beliau, 1Malaysia perlu dilihat bersama-sama dengan falsafah yang sedia ada seperti Rukunegara, Falsafah Pendidikan Negara, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan lain-lain.(1Malaysia memberi penekanan kepada lapan nilai -- budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti)"Pada saya, nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum.Walaupun bukan baru, ia perlu diberi perhatian bersungguh-sungguh. Ia perlu dijadikan teras kurikulum serta diukur dari segi hasil pembelajaran baik di sekolah atau di universiti.Bagaimanakah nilai ini boleh dijayakan?, Prof Rohaty mencadangkan pakar -pakar pendidikan mengubah pendekatan pendidikan supaya nilai-nilai ini terserlah dan diakui penting."Contohnya tugasan akademik di universiti perlu ada elemen kesungguhan dari segi teori, cara menulis dan membincangkan sesuatu isu. Selain itu, integriti diukur melalui tingkah laku individu yang terlibat.MENGUBAH PANDANGAN SKEPTIKALKejayaan sesuatu perubahan terletak kepada penerimaannya.Dalam psikologi perubahan, akan ada individu yang berfikiran pesimis dan hanya melihat kepada rintangan sahaja. Ia boleh mempengaruhi individu lain."Perpaduan bukan cerita baru yang tidak diketahui. Berbekalkan sejarah dan teras ini saya rasa pandangan skeptikal boleh dikurangkan.Caranya ialah mewujudkan penerimaan ke atas 1Malaysia (nilai yang dikongsi)," ulas Prof Rohaty."(Ini bermakna) Perlulah nilai itu diterima dan difahami manfaatnya kepada kualiti hidup, organisasi dan diri sendiri.Saya rasa nilai-nilai ini cukup universal dan relevan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama."Prof Rohaty menolak pendapat yang mengatakan 1Malaysia hanya gimik politik. kerana politik dan kehidupan baginya merupakan dua elemen yang tidak boleh diasingkan. Maka kewujudan 1Malaysia akan mempengaruhi sosio-pendidikan dan politik.Baginya 1Malaysia bertujuan melanjutkan proses membina negara yang terlaksana 50 tahun lalu."Politik dan pendidikan saling berkaitan maka masyarakat patut berfikiran terbuka menerima nilai-nilai dan pembelajaran baru yang lebih kreatif."Saya fikir banyak yang perlu diperjelas dalam 1Malaysia khususnya melaksana dan menilai kejayaannya."Kita perlu meneliti perbezaan dan fikiran setiap warga Malaysia tentang 1Malaysia dengan hati terbuka dan mencari permuafakatan. Saya berpendapat setiap warga perlu memberikan pandangan mereka dan lebih ramai cerdik pandai dapat berbuat demikian," ulasnya.Beliau turut melihat golongan pelajar sekolah sebagai sasaran: "Kanak kanak adalah golongan yang paling terbuka fikiran mereka. Individu dewasalah yang boleh meracuni fikiran mereka. Oleh itu nilai tersebut perlu diterapkan sejak tadika lagi."--
BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KeLaB BoLaSePaK BaYaS FC

KeLaB BoLaSePaK BaYaS FC

PELUANG BELIA MENAMBAH PENDAPATAN TANPA MODAL

Get cash from your website. Sign up as affiliate.